Ruben Noe Coronado (kiri) bersama pasangannya menantikan kelahiran bayi kembarnya.
Lelaki hamil bayi kembar
BARCELONA, Sepanyol - Lelaki boleh mengandung dan melahirkan anak. Pelik tapi benar. Seorang ‘lelaki’ Sepanyol yang dilahirkan sebagai seorang perempuan kini sedang hamil dan menantikan kelahiran cahaya mata kembarnya.
Menurut laporan akhbar, Ruben Noe Coronado, 25, mungkin adalah kes transeksual (menukar jantina daripada perempuan kepada lelaki) pertama yang bakal menjadi ‘bapa’ kepada sepasang kembar yang dijangka lahir pada September ini.
Laporan turut menyatakan, mengikut undang-undang Sepanyol, Coronado masih dianggap sebagai wanita.
Tahun lalu, seorang ‘lelaki’ Amerika, Tracy Lagondino menjadi lelaki transeksual pertama yang melahirkan anaknya sendiri.
Coronado yang sedang dalam proses mengubah sepenuh dirinya daripada seorang wanita kepada lelaki berhasrat untuk membuang organ jantina wanitanya sejurus selepas melahirkan anak.
Coronado akan membesarkan anak tersebut bersama pasangannya seorang wanita yang berusia 43 tahun. Malah mereka juga akan berkahwin setelah proses menukar jantina tersebut selesai. - Agensi